My Personal Site
assignment
Home
Project of 'pillar'
assignment
Table 1
Introduction
About Me
Favorite Links
Contact Me

RAG 132: PENGANTAR ALAM BINA DAN PENEMPATAN   MANUSIA

Niat , Laku , Hasil

Niat                                                                                                 Bermaksud tujuan sesuatu perbuatan atau janji(dalam hati) untuk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yang dihajati.Contohnya, saya ingin mencantikkan bilik saya selepas saya merasa bilik saya tidak kemas. 

Laku                                                                           Merupakan tindakan  untuk merealisasikan niat.Setiap laku mesti ada aturannya.Contohnya,saya akan membuat pertimbangan bahawa apa bahan yang saya perlu untuk mencantikkan bilik saya dan berapa kosnya bagi bahan yang diperlukan.  

Hasil                                                                                              Merupakan segala sesuatu yang didapati atau diperolehi (daripada tanah, usaha dan kegiatan dan lain-lain).Contohnya,saya mula mencantikkan bilik saya dengan menggunakan bahan yang sedia ada.Atas keinginan dan tindakan saya, saya berjaya mencantikkan bilik saya.

 

 

Perbezaan Antara Penempatan dan Pertempatan

Petempatan adalah kawasan tempat tinggal manusia tak kira telah dirancang atau belum iaitu kawasan yang telah ditinggal oleh sebilangan orang yang berhijrah dari tempat lain. Manakala penempatan adalah perihal menempati atau menempatkan seseorang manusia di sesuatu tempat.

 

 

Masalah Perumahan Sekarang

Dunia kita pada zaman ini telah semakin berkembang maju. Hal ini telah menyebabkan bilangan manusia di dunia ini semakin meningkat. Untuk menempatkan manusia ini, lebih banyak kawasan hutan telah diterokai untuk dibangun sebagai kawasan perumahan walaupun sebelum ini ada beberapa kawasan hutan telah digunakan untuk pembangunan tertentu.Pembangunan yang terlalu pesat telah menjejaskan keseimbangan alam bina dan menghapuskan ekosistem di dunia ini. Sebagai akibat,  penjejasan alam bina telah menyebabkan kehilangan kawasan tadahan air dan akhirnya berlaku hakisan tanah. Lama-kelamaan, bencana alam yang tidak dapat dielakkan akan berlaku berturut-turut.Contohnya, banjir kilat, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini, pembina pada generasi yang akan datang perlu diberi ajaran  ilmu pembinaan alam dengan secara sistematik. Manakala bakat pembina harus merancang dengan mengambil kira keadaan alam sekitar sebelum memulakan kerja pembinaan. rumah pangsapuri patut dibina untuk menggantikan rumah deres yang memerlukan tapak yang yang lebih luas. Hal ini akan menjimatkan sumber alam kerana rumah pangsapuri hanya memerlukan tapak yang lebih kecil untuk pembinaan dan selagi ia dapat didiami oleh penduduk yang banyak. Akhir sekali, biarlah kita bersama-sama menjaga alam yang indah ini dengan selama-lamanya.

 

Orang Eskimo

Orang Eskimo ialah orang yang tinggal di kawasan yang terlampau sejuk. Kenapa mereka suka tinggal kawasan ini? Hal ini demikian kerana mereka sudah biasa dengan kehidupan mereka pada suhu yang rendah tersebut. Selain itu, kebudayaan hidup mereka juga adalah diwarisi oleh nenek moyang mereka pada zaman dahulu. Takkan kita memaksa mereka berpindah ke kawasan beriklim panas untuk meneruskan kehidupan.Mereka tidak akan dapat menyesuaikan diri dan akhirnya menyebabkan kematian.

 

Siapa Mentadbir Bumi ?Apa Hasil Tadbir ?

Pada pendapat saya, manusia bukanlah orang yang mentadbir bumi ini. Sebaliknya, Tuhan merupakan pentadbir yang sebenar di dalam bumi kita.Tuhan berniat melahirkan satu alam semulajadi dan habitat yang dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Tetapi, dengan wujudnya segolongan manusia yang mementingkan diri sendiri, kemusnahan alam telah berlaku atas tangan mereka.Contohnya, perlombongan, penerokaan hutan dan perkilangan telah menyebabkan sumber alam menjadi terhad. Sebagai hasil daripada tadbiran, bencana alam telah melanda di bumi kita. Contohnya, gempa bumi dan Tsunami yang berlaku di Indonesia telah mnyebabkan kehilangan nyawa dan tempat kediaman yang banyak.Peningkatan suhu bumi juga telah menyebabkan dunia kita menhadapi masalah "kesan rumah hijau". Tuhan kita sangat marah atas kelakuan manusia tersebut dan inilah hukaman yang dijatuhkan sebagai hasil tadbiran kepada dunia kita.

 

Skala seni Bina  

Terdapat 7 jenis skala seni bina iaitu :

Objek, Dalaman, Bangunan, Perkarangan, Urban, Wilayah, Dunia

Jadual skala seni bina adalah ditunjukkan seperti di " Table 1 "( Sila cari tajuk ini di halaman kiri atas ). 

 

' -isme ' apa yang saya berpegang kepada...

 Apa itu " Isme ". "Isme"  merupakan suatu Fahaman atau Ideologi. Contohnya vandalisme, gengsterisme, nasionalisme dan sebagainya. Dalam kuliah ini, pensyarah telah mengajar topik tentang "surrealisme" dan "realisme". Surrealisme merupakan sejenis gaya seni visual yang terkenal di Eropah semasa era perang dunia pertama dan perang dunia kedua.II. Manakala Realisme pula menekankan aspek kewujudan sesuatu serta ciri-siri bagi sesuatu. Realism boleh ditafsir dari segi sastera, seni, sians serta pegangan. Dalam konteks pegangan, realisme membawa maksud maksud sesuatu yang benar serta mempunyai kualiti yang boleh dinilai dalam pengetahuan manusia.

Saya merupakan orang yang berpegang kepada fahaman Taoisme. Taoisme menekankan pemahaman "Tao" atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. Terdapat beberapa seni silat  Taoisme yang kini amat popular, khususnya dengan orang-orang Cina yang hendak memperbaik kesihatan mereka. Seni-seni silat seperti tai chi dan pelbagai qigong kini juga menjadi semakin popular dengan orang-orang Barat, mungkin disebabkan minat dalam hal-hal negara China semasa negara China termuncul sekali lagi dalam arena dunia. Namun begitu, tafiah-tafiah Taoisme pada zaman dahulu lebih merupakan persatuan seni silat, berbanding pertubuhan agama.

Hello!